Sebelum didaftarkan sebagai kelab, rider-rider yang tinggal di kawasan Lembah Bujang ini hanya melakukan kayuhan sukaria untuk kesihatan. Antara kawasan kayuhan kami setiap petang dan hujung minggu ialah Tupah, Candi Lembah Bujang, Pulau Bunting, Bukit Inas-Gurun dan Chalet Terapung PPK. Percubaan sulung rider-rider Lembah Bujang untuk menguji kemampuan kayuhan adalah di Jamboree Pantai Merdeka 2013.
Pada bulan September 2013, D'Wish Management dibawah kelolaan En Sanusi dan En Sani, telah datang ke Lembah Bujang untuk menganjurkan Harian Metro Lembah Bujang Jamboree 2013. Mereka telah bertemu dengan rider-rider Lembah Bujang dan meminta bantuan untuk mencari trek. Atas kesempatan yang diberikan mereka, kami belajar untuk mengendalikan suatu event yang besar. Alhamdulillah dan terima kasih kepada D'wish Management.
Pada Januari 2014, beberapa rider telah menyuarakan pandangan untuk menganjurkan jamboree sendiri. Bagi memudahkan urusan penganjuran, En. Mohd Hafeiz b Abu Zarin telah melontarkan idea untuk menubuhkan kelab dan seterusnya mendaftarkannya dibawah ROS. Hasil perbincangan antara beberapa orang kuat BC antaranya En. Mohd Bukhori b Abd Rahim dan En. Nurazmi b Japar@Jaffar maka mesyuarat Jawatankuasa Penaja ditubuhkan.

Maka, tanggal 13 Mac 2014, Kelab Berbasikal Lembah Bujang didaftarkan.

No comments:
Post a Comment