Bujang Cyclists diberi kepercayaan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri Kedah untuk mengadakan kayuhan funride di sekitar Pekan Sungai Petani. Kami dengan penuh dedikasi memberi kerjasama dengan KBS untuk mencari trek dan rider.
Fit Malaysia bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia bersukan. Jadi, sasaran penyertaan adalah untuk semua lapisan masyarakat, tak kira tua atau muda, lelaki atau wanita dan kanak-kanak atau dewasa.
Dengan penganjuran seperti ini, Bujang Cyclist berharap dapat menarik lebih ramai rider-rider remaja yang suka merempit dan membahayakan nyawa sendiri dan orang lain. Sekiranya mereka berbasikal dan nak merempit, dipersilakan. Banyak jambori yang boleh dirempitkan.
Bujang Cyclist ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua peserta Fit Malaysia, penduduk Sungai Petani dan KBS - Penganjur Utama kita. Anda Memang Hebat!!! Jom kita FIT!!
Promosi oleh KBS |
Kerja-kerja pemasangan tanda arah |
Ahli BC |
Bersama orang kuat KBS |
No comments:
Post a Comment